LaGu MeMoRi BeRSaMa ALLaHYaRHaM PeNGaSaS

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Allahyarham Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

PENGASAS KRS

PENGASAS KRS
Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

PENERAJU UTAMA

PENERAJU UTAMA
Ayahanda Amiruddin Bin Harun

Tuesday, April 20, 2010

PeRGiNYa PeJuaNG AGaMa, BaNGSa & NeGaRA


Tanggal 10hb April 2003 bersamaan dengan hari khamis adalah merupakan detik yang amat menyedihkan bagi warga KRS SMK Raja Abdullah khususnya dan KRS Malaysia amnya apabila Pengasas KRS iaitu Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya.


Pemergian Allahyarham amat dirasai ketika KRS sedang megah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan-pasukan beruniform di sekolah. Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika menghadiri kursus di Hotel Mint, Sungai Besi. Turut bersama-sama dengan Allahyarham pada ketika itu ialah Al-fadhil Ustaz Ahmad Farazila Bin Abd Ghani, Guru Penasihat KRS SMK Tmn Tun Dr Ismail yang juga merupakan sahabat baik allahyarham. Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 


Bagi ahli-ahli KRS SMKRA yang menyertai Pertandingan Kawad Kaki pada tahun tersebut sudah pasti merasai kehilangan  allahyarham. Apa tidaknya, allahyarham pernah menyatakan hasrat ingin melihat sekolah-sekolah pengasas bertanding di pentas pertandingan kawad kaki peringkat negeri Kuala Lumpur. Pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA Putera berjaya menyahut cabaran allahyarham dan merealisasikan hasrat beliau apabila muncul Juara Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Zon Sentul 2003 buat julung-julung kalinya dan berjaya melayakkan diri untuk bersaing bersama-sama Pasukan Kawad Sekolah-Sekolah Pengasas di peringkat negeri.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau ketika pasukan KRS SMKRA sedang menjalani latihan kawad kaki utk peringkat negeri yang mana hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi. Walaupun allahyarham tidak sempat melihat sendiri kesemua sekolah pengasas berentap di pentas negeri, tapi bagi Pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA, menjuarai peringkat Zon Sentul buat julung-julung kalinya adalah merupakan hadiah yang terakhir buat Allahyarham Pengasas.


Semoga Rohnya ditempatkan dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman..Perginya seorang pejuang Agama, Bangsa & Negara yang banyak berjasa dalam mendidik dan membentuk anak muda agar menjadi seorang insan yang berilmu, beriman, dan beramal..


...Al-Fatihah...
















Friday, April 2, 2010

PeRTaNDiNGaN KaWaD KaKI DaRi SuDuT KRS SMKRA

Pertandingan Kawad Kaki adalah merupakan salah satu aktiviti atau program yang terkandung dalam kurikulum pasukan KRS..Pertandingan Kawad Kaki bertujuan memupuk disiplin serta semangat kerjasama di antara para peserta yang terlibat..Setiap sekolah akan menghantar pasukan yang terhebat mereka bagi meraih gelaran Johan Pertandingan Kawad Kaki KRS baik di peringkat Zon @ Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan.
Tidak seperti di sekolah-sekolah lain, penyertaan pasukan kawad kaki KRS SMK Raja Abdullah mempunyai keunikan dan memorinya yang tersendiri..ini kerana, penyertaan dalam Pertandingan Kawad Kaki bukan lah kerana mengejar Kejuaraan semata-mata, bagi pasukan KRS SMKRA kejuaraan itu hanya bonus daripada apa yang telah diusahakan bersama..bagi ahli-ahli KRS SMKRA yang pernah menyertainya sejak tahun 1997 pasti mengerti apa yang dimaksudkan.
Bagi pasukan KRS SMKRA, Kawad Kaki merupakan salah satu medan dalam mengukuhkan jalinan ukhwah yang telah sedia ada terbina..ianya juga sebagai medan merapatkan jurang diantara ahli dengan guru-guru serta x-student..sukar digambarkan dengan kata-kata memori yang tercipta setiap kali menyertai pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA..mana tidaknya, dengan kawad kaki suka duka dilalui bersama, tangis tawa dikongsi semua, jalinan persahabatan dan kekeluargaan bertambah mesra.

Tidak seperti sekolah lain yang rata-ratanya sumber kewangan datang dari pihak pentadbiran sekolah, pasukan KRS SMKRA memperolehi sumber kewangan dari kesepakatan dan pengorbanan guru-guru KRS dan Ex-Student yang mana bersama-sama menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan juga tenaga bagi membantu pasukan kawad kaki SMKRA memperolehi apa yang diperolehi oleh sekolah lain.
Jika kebanyakan sekolah menyertai Pertandingan Kawad Kaki untuk mengejar kejuaraan, bagi KRS SMKRA cukuplah sekadar mempamerkan persembahan yang terbaik bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru KRS yg terlibat serta jasa dan pengorbanan Ex-student KRS yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan. Andai kemenangan diperolehi, itu adalah sebagai bonus setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik. Apa yang lebih penting bagi KRS SMKRA adalah jalinan persahabatan dan kekeluargaan yang terbina itu sendiri..itu lebih bernilai dari kemenangan berkali ganda..
Bagi warga KRS SMKRA yang pernah menyertai pasukan Kawad Kaki, kenangan yang tercipta sepanjang latihan cukup bermakna..airmata yang mengalir menceritakan bahawa suka dan duka perlu diharungi bersama-sama, kejayaan x kan tiba tanpa pengorbanan dan usaha..Dimana memori tercipta, disitu kan terus kekal selamanya.



SuNNaH oRaNG BeRJuaNG

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tidak berjaya