LaGu MeMoRi BeRSaMa ALLaHYaRHaM PeNGaSaS

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Allahyarham Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

PENGASAS KRS

PENGASAS KRS
Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

PENERAJU UTAMA

PENERAJU UTAMA
Ayahanda Amiruddin Bin Harun

Tuesday, April 20, 2010

PeRGiNYa PeJuaNG AGaMa, BaNGSa & NeGaRA


Tanggal 10hb April 2003 bersamaan dengan hari khamis adalah merupakan detik yang amat menyedihkan bagi warga KRS SMK Raja Abdullah khususnya dan KRS Malaysia amnya apabila Pengasas KRS iaitu Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya.


Pemergian Allahyarham amat dirasai ketika KRS sedang megah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan-pasukan beruniform di sekolah. Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika menghadiri kursus di Hotel Mint, Sungai Besi. Turut bersama-sama dengan Allahyarham pada ketika itu ialah Al-fadhil Ustaz Ahmad Farazila Bin Abd Ghani, Guru Penasihat KRS SMK Tmn Tun Dr Ismail yang juga merupakan sahabat baik allahyarham. Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 


Bagi ahli-ahli KRS SMKRA yang menyertai Pertandingan Kawad Kaki pada tahun tersebut sudah pasti merasai kehilangan  allahyarham. Apa tidaknya, allahyarham pernah menyatakan hasrat ingin melihat sekolah-sekolah pengasas bertanding di pentas pertandingan kawad kaki peringkat negeri Kuala Lumpur. Pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA Putera berjaya menyahut cabaran allahyarham dan merealisasikan hasrat beliau apabila muncul Juara Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Zon Sentul 2003 buat julung-julung kalinya dan berjaya melayakkan diri untuk bersaing bersama-sama Pasukan Kawad Sekolah-Sekolah Pengasas di peringkat negeri.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau ketika pasukan KRS SMKRA sedang menjalani latihan kawad kaki utk peringkat negeri yang mana hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi. Walaupun allahyarham tidak sempat melihat sendiri kesemua sekolah pengasas berentap di pentas negeri, tapi bagi Pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA, menjuarai peringkat Zon Sentul buat julung-julung kalinya adalah merupakan hadiah yang terakhir buat Allahyarham Pengasas.


Semoga Rohnya ditempatkan dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman..Perginya seorang pejuang Agama, Bangsa & Negara yang banyak berjasa dalam mendidik dan membentuk anak muda agar menjadi seorang insan yang berilmu, beriman, dan beramal..


...Al-Fatihah...
















No comments:

Post a Comment

SuNNaH oRaNG BeRJuaNG

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tidak berjaya