Jika kita sebut sahaja Kadet Remaja Sekolah (KRS), sudah pasti ramai di luar sana hanya beranggapan itu hanyalah salah sebuah pasukan beruniform yang terdapat di sekolah seluruh Malaysia, tidak lebih dari itu. Apabila seseorang pelajar memasuki KRS pula, sudah pasti apa yang dirasa tidak lebih sama seperti memasuki pasukan beruniform yang lain. Aktiviti yang dijalankan di kebanyakan sekolah rata-ratanya hanya menumpukan dalam aspek Kawad Kaki dan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam pasukan beruniform lain sahaja.
Tapi ianya berbeza bagi warga KRS SMK Raja Abdullah..bagi kami, KRS itu sendiri adalah sebuah keluarga..di dalamnya terdapat adik beradik yang saling sayang menyayangi di antara 1 sama lain, di dalamnya juga terdapat ayah, ibu, abang dan kakak yang sentiasa memberi semangat, nasihat, dorongan dan teguran serta berkongsi kasih sayang sesama mereka. KRS menyatukan kami semua, KRS mengukuhkan ukhwah yang telah sedia terbina, KRS mengeratkan ikatan persahabatan sesama ahlinya..KRS juga mencoret pelbagai kisah suka dan duka yang turut dikongsi bersama.
Jika kebanyakan sekolah, pemimpin dipilih berdasarkan pangkat dan jawatan yang disandang..tapi bagi kami, pangkat dan jawatan hanyalah retorik semata-mata..abang-abang dan kakak-kakak yang paling senior lah yang diberi tanggungjawab untuk memikul bebanan bagi menghidupkan keluarga KRS SMKRA. Bagi kami, sikap saling hormat menghormati serta berkasih sayang amatlah dititikberatkan di mana semua adik-adik perlu menghormati abang2 dan kakak2 yang lebih senior dan semua ahli KRS perlu menghormati Guru-Guru dan menganggap mereka seperti ayah dan ibu.
Jalinan kekeluargaan menjadi elemen yang sangat penting dalam memastikan matlamat serta tujuan asal penubuhan KRS berada di landasan yang sebenarnya. Jalinan kekeluargaa yang terbina tidak terhenti setakat di sekolah sahaja malah berlanjutan hingga ke alam kehidupa yang sebenar. Boleh dikatakan majoriti bekas ahli-ahli KRS mahupun KPIM masih bersama-sama mengikuti perkembangan dan aktiviti KRS SMKRA sehingga kini..Ini kerana semangat kekeluargaan serta jalinan ukhwah yang terbina di zaman sekolah terus mekar selamanya dan akan berkekalan hingga bila-bila.
No comments:
Post a Comment