" Bahawasanya kami, ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah, berjanji dan berikrar, akan sentiasa menjaga nama baik KRS selari dengan moto KRS berilmu, beriman, dan beramal..untuk menggerakkan generasi yang berakhlak mulia, berdisplin dan berwawasan"
Mungkin ada di kalangan ahli KRS yang tidak pernah mendengar apatah lagi tahu tentang kewujudan ikrar KRS seperti yang tertera di atas. Tapi bagi keluarga KRS Raja Abdullah, ikrar tersebut adalah merupakan salah satu sumpah atau janji setia yang wajib dilafazkan oleh setiap ahli KRS di setiap latihan mingguan, kursus-kursus ataupun program yang dianjurkan oleh Pasukan KRS SMK Raja Abdullah.
Ikrar KRS ini telah diwarisi dari Allahyarham Pengasas KRS dan berkekalan sehingga kini..jika dihayati dengan baik, lafaz ikrar tersebut mengandungi seribu satu peringatan dan juga pesanan yang harus di fahami dan dihayati oleh semua ahli KRS terutamanya ahli KRS di SMK Raja Abdullah. Ini adalah kerana, semua ahli KRS diseru agar menjaga nama baik KRS dari segala segi. Bukan sahaja semasa memakai pakaian seragam KRS sahaja kita perlu menjaga nama baik dan ketinggian disiplin KRS malahan di setiap ketika.
Mungkin bagi mereka yang dari sekolah lain tidak beberapa faham tentang apa yang dimaksudkan, tapi bagi ahli KRS di SMKRA..sudah menjadi lumrah dan budaya, setiap ahli KRS akan membawa nama baik KRS bukan sahaja semasa memakai uniform KRS dan menjalani latihan KRS sahaja tapi juga sepanjang masa. Contohnya, jika ada ahli KRS yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan disiplin sekolah, semua pihak akan melabel dengan menyebut "Budak Kadet"..jadi sedikit sebanyak nama baik KRS turut terjejas. Justeru, semua ahli KRS perlu menjaga tingkahlaku dan pertuturan setiap masa bagi menjaga nama baik KRS sekaligus menjadi contoh dan teladan yang baik untuk pelajar-pelajar yang lain.
No comments:
Post a Comment