LaGu MeMoRi BeRSaMa ALLaHYaRHaM PeNGaSaS

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Allahyarham Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

PENGASAS KRS

PENGASAS KRS
Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

PENERAJU UTAMA

PENERAJU UTAMA
Ayahanda Amiruddin Bin Harun

Tuesday, June 21, 2011

Ulangtahun Perasmian KRS

Seperti kelaziman, Hari Ulangtahun Perasmian KRS akan disambut pada setiap 20hb Jun bagi setiap tahun..sebagai sekolah yang menjadi perintis kepada penubuhan KRS dan sebagai sekolah yang menjadi tempat berlakunya Majlis Perasmian KRS Peringkat Kebangsaan, sudah semestinya tarikh keramat tersebut tidak akan dilupakan oleh semua warga KRS SMKRA..

Kelazimannya, pada tarikh tersebut semua ahli-ahli KRS SMKRA akan bersama-sama memakai pakaian rasmi KRS sepanjang sesi persekolahan berlangsung...dan kebiasaannya juga, sambutan Ulangtahun Perasmian KRS Peringkat SMKRA akan diadakan pada hari sabtu minggu jatuhnya tarikh ulangtahun tersebut di mana semua warga KRS SMKRA akan hadir bersama-sama bagi menyambut dan memperingati Hari Keramat tersebut.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis Sambutan Ulangtahun Perasmian KRS Peringkat SMKRA di antaranya adalah seperti Perbarisan Kehormatan, acara memotong kek, majlis bacaan Tahlil, Yasin & Doa Selamat, sukaneka dan sebagainya..dan seperti kebiasaan juga, bekas ahli KRS SMKRA akan hadir dan turut bersama-sama menyambut hari tersebut.

Bagi KRS SMKRA..tarikh tersebut bukan sahaja diingati sebagai tarikh Tertubuh dengan Rasminya Pasukan KRS Malaysia tapi ianya juga turut diingati sebagai tarikh kejayaan bagi seorang tokoh yang bersusah payah dan banyak berkorban dalam mengangkat martabat KRS agar diterima masyarakat umumnya dan agar nilai-nilai ke-Islaman dapat diterapkan dalam diri remaja-remaja yang menyertai pasukan KRS..bukan mudah untuk memperolehi kejayaan..tanpa usaha, pengorbanan, kesabaran dan ketabahan seorang insan yang bernama Muhammad Thani Sha'aban Al-Farisi, mana mungkin KRS akan wujud dan berdiri megah seperti hari ini.

SuNNaH oRaNG BeRJuaNG

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tidak berjaya