Seperti kelaziman, Hari Ulangtahun Perasmian KRS akan disambut pada setiap 20hb Jun bagi setiap tahun..sebagai sekolah yang menjadi perintis kepada penubuhan KRS dan sebagai sekolah yang menjadi tempat berlakunya Majlis Perasmian KRS Peringkat Kebangsaan, sudah semestinya tarikh keramat tersebut tidak akan dilupakan oleh semua warga KRS SMKRA..
Kelazimannya, pada tarikh tersebut semua ahli-ahli KRS SMKRA akan bersama-sama memakai pakaian rasmi KRS sepanjang sesi persekolahan berlangsung...dan kebiasaannya juga, sambutan Ulangtahun Perasmian KRS Peringkat SMKRA akan diadakan pada hari sabtu minggu jatuhnya tarikh ulangtahun tersebut di mana semua warga KRS SMKRA akan hadir bersama-sama bagi menyambut dan memperingati Hari Keramat tersebut.
Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis Sambutan Ulangtahun Perasmian KRS Peringkat SMKRA di antaranya adalah seperti Perbarisan Kehormatan, acara memotong kek, majlis bacaan Tahlil, Yasin & Doa Selamat, sukaneka dan sebagainya..dan seperti kebiasaan juga, bekas ahli KRS SMKRA akan hadir dan turut bersama-sama menyambut hari tersebut.
Bagi KRS SMKRA..tarikh tersebut bukan sahaja diingati sebagai tarikh Tertubuh dengan Rasminya Pasukan KRS Malaysia tapi ianya juga turut diingati sebagai tarikh kejayaan bagi seorang tokoh yang bersusah payah dan banyak berkorban dalam mengangkat martabat KRS agar diterima masyarakat umumnya dan agar nilai-nilai ke-Islaman dapat diterapkan dalam diri remaja-remaja yang menyertai pasukan KRS..bukan mudah untuk memperolehi kejayaan..tanpa usaha, pengorbanan, kesabaran dan ketabahan seorang insan yang bernama Muhammad Thani Sha'aban Al-Farisi, mana mungkin KRS akan wujud dan berdiri megah seperti hari ini.
No comments:
Post a Comment