Pasukan KRS SMK Raja Abdullah dengan kerjasama Prakasa A&A Enterprise sedang merangka untuk menganjurkan Program Jejak Pengasas KRS di mana program tersebut akan terbahagi kepada beberapa pecahan aktiviti yang menjurus kepada usaha mengembalikan zaman kegemilangan Pengasas KRS serta memartabatkan Pengasas KRS agar berada di tempat yang selayaknya.
Diantara program yang akan dilaksanakan adalah seperti 1st Penerbitan buku Biografi Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban, Pengasas KRS Malaysia serta asal usul Penubuhan KRS..2nd Program Malam Tautan Kasih KRS di mana pada malam tersebut, tetamu yang hadir akan di beri peluang menyusuri zaman penubuhan KRS melalui tayangan video, slide & perkongsian pengalaman oleh salah seorang bekas ahli KRS dlm kalangan 20 orang ahli yg pertama..3rd Pelaksanaan Kursus Asas & Jalinan Ukhwah KRS di mana para peserta akan berpeluang merasai sendiri pengalaman mengikuti aktiviti dan latihan sepertimana zaman pengasas KRS serta merasai sendiri aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan semasa zaman Pengasas KRS.
Justeru, bagi pihak ataupun warga KRS yang berminat untuk sama-sama menjayakan program ini atau ingin mengutarakan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Guru Penyelaras KRS SMK Raja Abdullah, Mejar (KRS) Amiruddin Bin Harun di talian 012-2618096 / 019-2763076, Saudara Abu Zarin Bin Harun 017-6098829, Saudara Kamarul Ariffin Bin Muhammad Noordin 010-2949302 dan Saudara Efendi Bin Muhammad Sufi 017-3049884.
"BERSAMA KEMBALIKAN ZAMAN PENGASASAN KRS"
No comments:
Post a Comment