LaGu MeMoRi BeRSaMa ALLaHYaRHaM PeNGaSaS

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Allahyarham Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

PENGASAS KRS

PENGASAS KRS
Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

PENERAJU UTAMA

PENERAJU UTAMA
Ayahanda Amiruddin Bin Harun

Wednesday, April 4, 2012

SeJaRaH 5 TaHuN LePaS BeRuLaNG KeMBaLi

Setelah 5 tahun masa berlalu..akhirnya pasukan KRS Putera & Puteri SMKRA berjaya mengulangi sejarah apabila berjaya muncul Johan Pertandingan Kawad Kaki KRS Zon Sentul 2012 bagi Kategori KRS Putera & KRS Puteri serta Ketua Platun Terbaik KRS Puteri..sama seperti yang berlaku 5 tahun lepas..setelah 5 tahun, akhirnya tangisan kegembiraan mengalir di wajah Ayahanda tercinta Cikgu Amiruddin, Ex-student KRS & adik-adik KRS Putera & Puteri..

Kemenangan yang diperolehi adalah berkat daripada usaha gigih, pengorbanan, nasihat, teguran & sokongan daripada Ayahanda Amiruddin..x lupa juga Usaha gigih, tunjuk ajar, nasihat & ilmu yang telah dicurahkan oleh Barisan Jurulatih terutamanya kepada Saudara Amir Syafiq..tidak dilupakan juga kepada Cikgu Rozila, Abang2 & Kakak2 Ex-student yg jemu2 melayan kerenah adik-adik serta memberi sokongan, dorongan, bantuan kewangan, pengorbanan dari segi masa & tenaga..juga kepada adik-adik KRS yang menyertai pasukan kawad kaki kerana mampu tahan dengan latihan fizikal & mentak yg diberikan, sentiasa bersemangat, berdisplin, memberi komitmen yang tinggi sepanjang latihan..pendek kata, tanpa kerjasama semua pihak, mana mungkin kejuraan 5 tahun lepas dapat kita raih kembali..

Kemenangan yang di capai pada peringkat Zon Sentul tahun 2012 ini akan dijadikan sebagai Langkah Permulaan untuk KRS SMKRA lebih berjaya di peringkat negeri nanti..Perjuangan baru bermula..Apa yang lebih penting, KRS SMKRA tidak seperti KRS di sekolah-sekolah lain di mana KRS SMKRA mempunyai iakatan yang belum tentu ada di sekolah lain iaitu Ikatan Persahabatan dan Ikatan Kekeluargaan..ini dapat dibuktikan apa bila Tenaga Pengajar terdiri daripada 100% abang2 & kakak2 KRS SMKRA sendiri..pembelian keperluan spt aksesori pemakaian, makanan & minuman, t-shirt kedua2 platun kawad sepanjang latihan & Hari Pertandingan adalah hasil gabungan sumbangan pihak sekolah, Ayahanda Amiruddin, Cikgu Rozila & Ex-student KRS SMKRA..

Semoga dengan kemenangan ini akan dapat memangkin semangat untuk terus berjuang di peringkat seterusnya sekaligus mencipta lebih banyak sejarah untuk KRS SMKRA yang juga Sekolah Pengasas..Kepada Ayahanda Amiruddin, teruskan menyokong, memberi dorongan, semangat, nasihat & kasih sayang anda kepada warga KRS SMKRA..juga kepada Cikgu Rozila, teruskan bersama KRS SMKRA..kepada Ex-student, teruskan menyokong & memberi semangat serta bantuan kepada KRS SMKRA..kepada adik2 KRS Putera & puteri, ubahlah sikap anda semua untuk kita melangkah lebih jauh dalam arena kawad kaki..

Perlu diingat oleh semua warga KRS SMKRA..kita adalah sebuah keluarga..susah senang kita harungi bersama..suka duka kita tanggung bersama.. ;-Ayahanda Amir = Engkaulah Ayah, Engkaulah Guru, Engkaulah Pendidik Sejati, :- Cikgu Rozila = Engkaulah sinar harapan dalam mengembalikan semangat utk warga KRS Puteri, :- Ex-student = Kesetiaan anda semua dengan KRS SMKRA membuktikan kita adalah sebuah keluarga...:- Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Thani Sha'aban, Pengasas KRS & Juga Guru & Ayah KRS SMKRA = Tanpa usaha & pengorbanan Arwah mana mungkin KRS berdiri gah ketika ini -:

Thursday, February 2, 2012

PeRaNCaNGaN PRoGRaM JeJaK PeNGaSaS

Pasukan KRS SMK Raja Abdullah dengan kerjasama Prakasa A&A Enterprise sedang merangka untuk menganjurkan Program Jejak Pengasas KRS di mana program tersebut akan terbahagi kepada beberapa pecahan aktiviti yang menjurus kepada usaha mengembalikan zaman kegemilangan Pengasas KRS serta memartabatkan Pengasas KRS agar berada di tempat yang selayaknya.

Diantara program yang akan dilaksanakan adalah seperti 1st Penerbitan buku Biografi Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban, Pengasas KRS Malaysia  serta asal usul Penubuhan KRS..2nd Program Malam Tautan Kasih KRS di mana pada malam tersebut, tetamu yang hadir akan di beri peluang menyusuri zaman penubuhan KRS melalui tayangan video, slide & perkongsian pengalaman oleh salah seorang bekas ahli KRS dlm kalangan 20 orang ahli yg pertama..3rd Pelaksanaan Kursus Asas & Jalinan Ukhwah KRS di mana para peserta akan berpeluang merasai sendiri pengalaman mengikuti aktiviti dan latihan sepertimana zaman pengasas KRS serta merasai sendiri aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan semasa zaman Pengasas KRS.

Justeru, bagi pihak ataupun warga KRS yang berminat untuk sama-sama menjayakan program ini atau ingin mengutarakan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Guru Penyelaras KRS SMK Raja Abdullah, Mejar (KRS) Amiruddin Bin Harun di talian 012-2618096 / 019-2763076, Saudara Abu Zarin Bin Harun 017-6098829, Saudara Kamarul Ariffin Bin Muhammad Noordin 010-2949302 dan Saudara Efendi Bin Muhammad Sufi 017-3049884.

"BERSAMA KEMBALIKAN ZAMAN PENGASASAN KRS"

Tuesday, June 21, 2011

Ulangtahun Perasmian KRS

Seperti kelaziman, Hari Ulangtahun Perasmian KRS akan disambut pada setiap 20hb Jun bagi setiap tahun..sebagai sekolah yang menjadi perintis kepada penubuhan KRS dan sebagai sekolah yang menjadi tempat berlakunya Majlis Perasmian KRS Peringkat Kebangsaan, sudah semestinya tarikh keramat tersebut tidak akan dilupakan oleh semua warga KRS SMKRA..

Kelazimannya, pada tarikh tersebut semua ahli-ahli KRS SMKRA akan bersama-sama memakai pakaian rasmi KRS sepanjang sesi persekolahan berlangsung...dan kebiasaannya juga, sambutan Ulangtahun Perasmian KRS Peringkat SMKRA akan diadakan pada hari sabtu minggu jatuhnya tarikh ulangtahun tersebut di mana semua warga KRS SMKRA akan hadir bersama-sama bagi menyambut dan memperingati Hari Keramat tersebut.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis Sambutan Ulangtahun Perasmian KRS Peringkat SMKRA di antaranya adalah seperti Perbarisan Kehormatan, acara memotong kek, majlis bacaan Tahlil, Yasin & Doa Selamat, sukaneka dan sebagainya..dan seperti kebiasaan juga, bekas ahli KRS SMKRA akan hadir dan turut bersama-sama menyambut hari tersebut.

Bagi KRS SMKRA..tarikh tersebut bukan sahaja diingati sebagai tarikh Tertubuh dengan Rasminya Pasukan KRS Malaysia tapi ianya juga turut diingati sebagai tarikh kejayaan bagi seorang tokoh yang bersusah payah dan banyak berkorban dalam mengangkat martabat KRS agar diterima masyarakat umumnya dan agar nilai-nilai ke-Islaman dapat diterapkan dalam diri remaja-remaja yang menyertai pasukan KRS..bukan mudah untuk memperolehi kejayaan..tanpa usaha, pengorbanan, kesabaran dan ketabahan seorang insan yang bernama Muhammad Thani Sha'aban Al-Farisi, mana mungkin KRS akan wujud dan berdiri megah seperti hari ini.

Monday, May 23, 2011

TeNTaTiF LaTiHaN MiNGGuaN KRS SMKRA

Seperti kelaziman, setiap pasukan beruniform di sekolah pasti akan menganjurkan latihan mingguan. Di SMKRA, latihan mingguan KRS diadakan pada setiap hari sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Latihan mingguan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh barisan Jurulatih yang terdiri daripada Ahli-ahli KRS Putera & Puteri tingkatan 4 dan turut dipantau oleh guru penasihat. Latihan mingguan KRS SMKRA kebiasaannya akan dipecahkan kepada 2 slot setiap minggu. Slot pertama adalah Latihan Kawad Kaki yang juga merupakan slot wajib bagi setiap minggu. Slot ke-2 pula adalah merupakan aktiviti-aktiviti dan latihan bagi meningkatkan kemahiran serta ilmu ahli-ahli KRS seperti Latihan Abseilling, Bantu Mula, Kompas & Orienteering, Latihan Asas Ikhtiar Hidup dan sebagainya. Berikut adalah merupakan serba sedikit susun atur dan aktiviti yang dijalankan di setiap Latihan Mingguan KRS SMKRA :

* Semua ahli KRS Putera & Puteri perlu hadir selewat-lewatnya 10 minit sebelum pukul 8.00 pagi. Aktiviti akan dimulakan dengan sesi "Mencatit Kehadiran" yang diambil oleh Jurulatih Bertugas. Selesai mencatit kehadiran, semua ahli KRS akan ke surau sekolah bagi menunaikan solat sunat Dhuha. Selesai sahaja bersolat, semua ahli KRS akan berkumpul di hadapan Dewan Sri Murni bagi upacara pembukaan.


* Upacara pembukaan diadakan didahului dengan menjemput jurulatih untuk membacakan doa, kemudian semua ahli akan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu KRS, kemudian jurulatih akan memimpin bacaan Ikrar KRS. Selesai sahaja upacara pembukaan, barisan jurulatih akan memeriksa tahap kebersihan dan kekemasan diri ahli-ahli dibawahnya diantaranya memastikan rambut pendek bagi putera, kuku telah dipendekkan, kasut telah dikilatkankan dan sebagainya.


* Setelah itu, semua ahli KRS akan dipecahkan kepada 2 kumpulan besar dan setiap kumpulan besar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi menjalani latihan kawad kaki. Kumpulan besar pertama adalah terdiri daripada ahli KRS yang telah mahir dengan kawad kaki manakala satu kumpulan lagi adalah merupakan kumpulan ahli KRS tingkatan 1 yang masih baru mempelajari latihan kawad kaki. Latihan kawad ini dijalankan selama 2 jam dan latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Barisan Jurulatih Putera & Puteri tingkatan 4.






* Selesai latihan kawad kaki, semua ahli diberi peluang untuk berehat selama setengah jam.


* Setelah tamat sesi rehat, ahli KRS akan menjalani aktiviti untuk slot yang ke-2. Slot ini bertujuan bagi meningkatkan lagi ilmu serta kemahiran ahli KRS berkaitan ilmu-ilmu dan kemahiran yang terdapat dalam pasukan KRS seperti Abseilling, Bantu Mula dan sebagainya. Latihan ini juga memakan masa selama 2 jam dan dikendalikan sepenuhnya oleh Barisan Jurulatih KRS ting. 4






* Setelah selesai latihan, semua peserta akan berhimpun semula untuk sesi terakhir sebelum pulang ke rumah masing2. Dalam perhimpunan ini, wakil jurulatih akan memberi sepatah dua kata dan mengulas latihan yang telah dijalankan. Kemudian, semua ahli akan bersama-sama berselawat ke atas nabi saw dan bersalam-salaman diantara satu sama lain.

Dari sudut kacamata KRS SMKRA, latihan mingguan adalah medan yang terbaik dalam mengukuhkan ikatan ukhwah kekeluargaan dan persahabatan sesama ahli, meningkatkan ilmu dan kemahiran ahli, memberi keyakinan dan semangat yang tinggi kepada ahli, serta melatih ahli-ahli KRS untuk terus menjadi seorang pelajar yang Berilmu, Beriman, Beramal & Berketerampilan.

iKRaR KRS SMKRA TuRuN TeMuRuN

" Bahawasanya kami, ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah, berjanji dan berikrar, akan sentiasa menjaga nama baik KRS selari dengan moto KRS berilmu, beriman, dan beramal..untuk menggerakkan generasi yang berakhlak mulia, berdisplin dan berwawasan"

Mungkin ada di kalangan ahli KRS yang tidak pernah mendengar apatah lagi tahu tentang kewujudan ikrar KRS seperti yang tertera di atas. Tapi bagi keluarga KRS Raja Abdullah, ikrar tersebut adalah merupakan salah satu sumpah atau janji setia yang wajib dilafazkan oleh setiap ahli KRS di setiap latihan mingguan, kursus-kursus ataupun program yang dianjurkan oleh Pasukan KRS SMK Raja Abdullah.

Ikrar KRS ini telah diwarisi dari Allahyarham Pengasas KRS dan berkekalan sehingga kini..jika dihayati dengan baik, lafaz ikrar tersebut mengandungi seribu satu peringatan dan juga pesanan yang harus di fahami dan dihayati oleh semua ahli KRS terutamanya ahli KRS di SMK Raja Abdullah. Ini adalah kerana, semua ahli KRS diseru agar menjaga nama baik KRS dari segala segi. Bukan sahaja semasa memakai pakaian seragam KRS sahaja kita perlu menjaga nama baik dan ketinggian disiplin KRS malahan di setiap ketika.

Mungkin bagi mereka yang dari sekolah lain tidak beberapa faham tentang apa yang dimaksudkan, tapi bagi ahli KRS di SMKRA..sudah menjadi lumrah dan budaya, setiap ahli KRS akan membawa nama baik KRS bukan sahaja semasa memakai uniform KRS dan menjalani latihan KRS sahaja tapi juga sepanjang masa. Contohnya, jika ada ahli KRS yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan disiplin sekolah, semua pihak akan melabel dengan menyebut "Budak Kadet"..jadi sedikit sebanyak nama baik KRS turut terjejas. Justeru, semua ahli KRS perlu menjaga tingkahlaku dan pertuturan setiap masa bagi menjaga nama baik KRS sekaligus menjadi contoh dan teladan yang baik untuk pelajar-pelajar yang lain.

Sunday, May 22, 2011

MiNGGu oRieNTaSi KRS SMKRA...

Minggu orientasi KRS adalah merupakan salah satu program yang menjadi medan untuk ahli-ahli KRS yang baru mengetahui serta mendalami semua aspek yang berkaitan dengan pasukan KRS. Begitu juga bagi Pasukan KRS SMKRA, minggu orientasi dijadikan sebagai satu landasan yang terbaik dalam memberi kefahaman, penerangan tentang sejarah awal penubuhan, matlamat penubuhan, aktiviti-aktiviti yg terdapat dalam KRS itu sendiri serta budaya KRS SMK Raja Abdullah. Kebiasaannya, nama Minggu Orientasi ini akan berubah dari tahun ke tahun bersesuaian dengan konsep kekeluargaan KRS SMKRA..adakala minggu orientasi ini dinamakan "Minggu Jalinan Kasih Sayang" dan sebagainya.

Kebiasaannya, minggu orientasi ini akan diadakan sekitar 2 bulan pertama sesi persekolahan..sepanjang minggu orientasi ini berlangsung, abang2 dan kakak2 KRS tingkatan 4 akan bertindak sebagai Jurulatih dan penganjur..Guru-guru KRS hanya bertindak sebagai pemantau dan pemerhati sahaja..segala urusan pentadbiran, latihan, logistik, dan penyertaan semuanya akan diuruskan sendiri oleh barisan jurulatih yang bertanggungjawab. Ianya bertujuan bagi melatih serta memberi peluang kepada ahli KRS tingkatan 4 untuk mengasah bakat kepimpinan dan dalam masa yang sama ianya merupakan medan yang terbaik dalam melahirkan bakal pemimpin negara yang berkebolehan di masa akan datang.

Diantara aktiviti yang kebiasaannya dijalankan semasa Minggu Orientasi KRS SMKRA adalah seperti sesi Suai kenal di mana para peserta perlu mencari dan mengenalpasti serta mendapatkan tandatangan abang2 atau kakak2 mereka berdasarkan soalan2 yg diberikan. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan ilmu asas Bantu Mula, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Ikatan Tali Temali, Kompas dan Orienteering, Rempuh Halangan, Malam Kesenian & Kebudayaan, Malam Stesen, Abseilling, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Permainan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini bertujuan bagi memberi pendedahan tentang ilmu dan kemahiran yang terdapat dalam pasukan KRS dan aktiviti-aktiviti ini juga dijalankan turun temurun sejak zaman KRS diasaskan lagi.

Apa yang menariknya tentang Minggu Orientasi KRS SMKRA berbanding sekolah-sekolah lain adalah dimana pada malam terakhir program juga adalah merupakan malam "Reunion Bekas Ahli-Ahli KRS & KPIM 1987 - kini" ..ini adalah kerana, pada malam tersebut, semua ex-student KRS SMKRA yang berkelapangan akan turut hadir bagi sama-sama memberi semangat, nasihat & tunjuk ajar kepada ahli-ahli KRS yang masih bersekolah..pada malam itu juga dijadikan medan kepada Ex-student untuk bertemu dengan sahabat-sahabat lama dan mengimbau nostalgia zaman persekolahan dahulu. Budaya ini berterusan sejak dari zaman awal penubuhan KRS & KPIM sehingga kini dan ianya berjaya mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan kekeluargaan di antara sesama ahli dan ex-student yang lama mahupun yang baru.

Itulah kelebihan KRS SMKRA..1987 sehingga kini tetap sama..kami mempunyai keluarga yang sangat besar..yang akan terus kekal selamanya..insyaAllah.







Kursus Training Of Trainers (T.O.T) Jurulatih KRS 2011

Sudah menjadi kelaziman dalam kalendar aktiviti tahunan KRS SMKRA, Kursus Training Of Trainer (TOT) untuk Jurulatih pasti akan diadakan setiap tahun..ianya bertujuan bagi memberi ilmu pengetahuan tentang KRS, kemahiran berkaitan aktiviti KRS serta ilmu-ilmu kejurulatihan..Seperti biasa, Kursus TOT bagi tahun 2011 telah diadakan pada bulan Febuari yang lalu..Konsep kursus pada tahun ini ialah Ilmu, Disiplin, Dan Kekeluargaan. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ex-Student KRS SMKRA yang berpengalaman penuh dalam bidang latihan dan kejurulatihan.

Kursus pada tahun ini juga turut mendapat kerjasama Tenaga Pengajar dan Penceramah dari Luar seperti dari Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan (Kementerian Dalam Negeri)..pelbagai aktiviti dan modul yang menarik telah dijalankan diantaranya cermah berkaitan Bidang Kejurulatihan, Kemahiran Tali Temali, Pengendalian Abseilling, Bantu Mula, Ikhtiar Hidup, Rempuh Halangan, LDK, Seni Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan pelbagai lagi.

Kursus ini memberi peluang dan ruang kepada semua ahli KRS SMKRA yang bakal menjadi jurulatih dan pemimpin KRS di SMKRA bagi menimba sebanyak mana mungkin ilmu dan kemahiran yang telah dicurahkan oleh barisan tenaga pengajar yang berpengalaman. Melalui kursus ini juga, aspek kekeluargaan dan persahabatan turut diberi penekanan..

Memang terbukti, ikatan kekeluargaan dan persahabatan di kalangan ahli KRS, Ex-student KRS, Guru-Guru KRS dapat dilihat di sepanjang kursus ini berjalan..di sini, terdapat bebarapa gambar yang dapat dijadikan sebagai kenangan dan memori terindah peserta dan barisan tenaga pengajar Kursus TOT Jurulatih KRS SMKRA 2011 :





















SuNNaH oRaNG BeRJuaNG

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tidak berjaya