Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah dilancarkan dengan rasminya pada tanggal 20 Jun 1995 oleh YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang merupakan Menteri Pendidikan pada masa itu. Upacara Perasmian KRS telah diadakan di sekolah yang menjadi nadi dan batu asas penubuhan KRS iaitu SMK Raja Abdullah, Jalan, Kepong, Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik telah disajikan. Berikut adalah merupakan beberapa keping gambar yang dapat dijadikan bukti Pelancaran KRS Peringkat Kebangsaan :
LaGu MeMoRi BeRSaMa ALLaHYaRHaM PeNGaSaS
SEJARAH PENUBUHAN KRS
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Allahyarham Cikgu Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
PENGASAS KRS

Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban
PENERAJU UTAMA

Ayahanda Amiruddin Bin Harun
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SuNNaH oRaNG BeRJuaNG
Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tidak berjaya
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tidak berjaya
No comments:
Post a Comment