Tujuan blog ini diwujudkan hanyalah semata-mata untuk berkongsi sesuatu dengan ahli-ahli KRS SMK Raja Abdullah khususnya dan ahli-ahli KRS seluruh negara amnya. Sebagai sebuah sekolah yang menjadi batu asas kepada penubuhan KRS di seluruh negara. Sudah seharusnya ahli-ahli KRS SMK Raja Abdullah sedar dan tidak terus leka dengan kesenangan yang telah digapai dikala ini.
Bagi ahli-ahli KRS pada masa kini, mereka memasuki KRS di kala KRS gah di seluruh negara, tapi bagi ahli-ahli KRS yang pernah merasai susah payah menjadi ahli KRS, pengalaman bersama Allahyarham Pengasas akan jadi kenangan yang terindah sampai bila-bila kerana disitulah KRS bermula dan bersemadi selama-lamanya dalam diri.
Andai warga KRS pada masa kini tahu kisah pengorbanan Allahyarham Pengasas dalam memastikan KRS jadi seperti hari ini, pasti akan ramai yang mengalirkan airmata..susah payah beliau, pengorbanan beliau, perit jerih beliau..Benarlah kata orang, kejayaan tak kan datang tanpa pengorbanan. Itulah yang telah ditunjukkan oleh Allahyarham Pengasas. Tanyalah pada ahli-ahli KPIM dan KRS terdahulu yang pernah bersama-sama arwah memperjuangkan KRS..anda akan mengerti apa yang saya maksudkan dan anda akan lebih menyayangi dan menghargai KRS selepas ini.
Jika dilihat balik fenomena sekarang, agak menyedihkan apabila melihat KRS dijadikan alat untuk kepentingan peribadi...malah jika melihat ahli-ahli KRS sekarang juga membuatkan rasa sedih dan terkilan..dengan cara berpakaian, pergaulan, dan sebagainya..terlalu jauh dengan zaman awal penubuhan..ya betul, sekarang zaman telah berubah, teknologi menguasai dunia tapi harus diingat..matlamat penubuhan KRS tetap sama, tak pernah berubah sehingga kiamat sekalipun.
Wahai warga KRS, bangunlah dari mimpi, sedarlah dari kelalaian..janganlah musnahkan apa yang telah diusahakan oleh Allahyarham Pengasas. Peganglah pada moto "ilmu, iman, dan amal"..
Kepada ahli-ahli KRS di sekolah-sekolah Pengasas, sedarlah..anda sepatutnya menjadi ikon yang baik, menjadi contoh untuk ahli KRS seluruh Malaysia..Seharusnya anda mengembalikan martabat sebagai Sekolah Pengasas..bangkit, jangan biarkan sekolah pengasas diperlekehkan. Teruskan perjuangan sedia ada.

No comments:
Post a Comment