Perkhemahan Tahunan KRS bagi tahun 2009/2010 telah diadakan pada tanggal 29hb hingga 31hb Januari 2010 bertempat di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur..Seramai hampir 120 orang ahli KRS tingkatan 1 hingga 5 menyertai perkhemahan pada kali ini. Apa yang menariknya, perkhemahan ini turut disertai oleh sepasukan ahli Renjer Puteri, Guru-Guru baru SMKRA serta seramai 30 orang Bekas ahli KRS SMK Raja Abdullah.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan dimana aktiviti dipecah kepada 2 kumpulan iaitu ahli KRS dan Bekas Ahli KRS serta Guru-Guru..diantara aktiviti yang dijalankan ialah River Crossing, Orienteering, Pertandingan Memasak, Abseilling, Night Walking, Kesenian dan Kebudayaan dan beberapa aktiviti menarik lain.
Apa yang menariknya perkhemahan pada kali ini ialah di mana buat pertama kalinya Bekas Ahli KRS yang bernaung di bawah Prakasa A&A Enterprise telah bersama-sama menggembleng tenaga dalam memastikan kelancaran perkhemahan ini. Perkhemahan ini juga diserikan oleh kehadiran Al-Fadhil Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abd Ghani, Guru KRS SMK Tmn Tun Dr Ismail yang juga merupakan salah seorang dari Pengasas KRS.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil untuk tatapan semua :
Selain itu juga, perkhemahan pada tahun ini membawa sedikit kelainan dimana buat pertama kali Bekas Ahli KRS meluahkan perasaan yang terpendam dan terbuku di hati mereka kepada Ayahanda yang tercinta iaitu Cikgu Amiruddin Bin Harun..pada slot ini, bekas ahli KRS telah melakonkan kenangan-kenangan sepanjang bersama Ayahanda Amiruddin dalam KRS..
Di samping itu juga, slot pada ketika itu menjadi lebih bermakna dengan kehadiran salah seorang bekas guru KRS SMKRA yang dikasihi iaitu Cikgu Mokhtar Bin Wahid yang mana sama-sama mengikuti slot ini hingga ke akhirnya..
Mudah-mudahan, airmata yang mengalir pada hari itu dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan yang telah sedia ada terbina diantara ahli KRS, guru-guru KRS, bekas ahli KRS dan bekas guru KRS SMKRA..Sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna di dalam KRS SMK Raja Abdullah selain dari ikatan kekeluargaan, jalinan kasih sayang, keikhlasan, kejujuran, persefahaman, dan sehati sejiwa selama-lamanya..KRS SMKRA Forever..
No comments:
Post a Comment