![]() |
Pemergian Allahyarham amat dirasai ketika KRS sedang megah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan-pasukan beruniform di sekolah. Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika menghadiri kursus di Hotel Mint, Sungai Besi. Turut bersama-sama dengan Allahyarham pada ketika itu ialah Al-fadhil Ustaz Ahmad Farazila Bin Abd Ghani, Guru Penasihat KRS SMK Tmn Tun Dr Ismail yang juga merupakan sahabat baik allahyarham. Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Bagi ahli-ahli KRS SMKRA yang menyertai Pertandingan Kawad Kaki pada tahun tersebut sudah pasti merasai kehilangan allahyarham. Apa tidaknya, allahyarham pernah menyatakan hasrat ingin melihat sekolah-sekolah pengasas bertanding di pentas pertandingan kawad kaki peringkat negeri Kuala Lumpur. Pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA Putera berjaya menyahut cabaran allahyarham dan merealisasikan hasrat beliau apabila muncul Juara Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Zon Sentul 2003 buat julung-julung kalinya dan berjaya melayakkan diri untuk bersaing bersama-sama Pasukan Kawad Sekolah-Sekolah Pengasas di peringkat negeri.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir beliau ketika pasukan KRS SMKRA sedang menjalani latihan kawad kaki utk peringkat negeri yang mana hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi. Walaupun allahyarham tidak sempat melihat sendiri kesemua sekolah pengasas berentap di pentas negeri, tapi bagi Pasukan Kawad Kaki KRS SMKRA, menjuarai peringkat Zon Sentul buat julung-julung kalinya adalah merupakan hadiah yang terakhir buat Allahyarham Pengasas.
Semoga Rohnya ditempatkan dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman..Perginya seorang pejuang Agama, Bangsa & Negara yang banyak berjasa dalam mendidik dan membentuk anak muda agar menjadi seorang insan yang berilmu, beriman, dan beramal..
...Al-Fatihah...